Sabtu, 9 Mei 2020

PENJADUALAN SEMULA TARIKH BICARA/SEBUTAN SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


PENJADUALAN SEMULA KES-KES SAMBUNG BICARA/BICARA/SEBUTAN
(SIVIL/JENAYAH) MAHKAMAH MAJISTRET SIK

SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERMULA 18/3/2020 HINGGA 12/5/2020


TARIKH KES YANG TELAH DITETAPKAN
TARIKH SEBUTAN BARU
23 / 03 /2020
1/06/2020
30 / 03 /2020
8/06/2020
6 / 04 / 2020
15/06/2020
13 / 04 /2020
22/06/2020
20 / 4 /2020
22/06/2020
27 /4 /2020
29/6/2020
4 /5 /2020
29/06/2020
11 /5 /2020
29/06/2020


Sabtu, 15 Julai 2017

CARTA ORGANISASI MAHKMAH MAJISTRET SIK




LATAR BELAKANG MAHKAMAH

PENGENALAN

Mahkamah Majistret Sik telah mula beroperasi sejak tahun 80-an lagi. Bangunan Mahkamah ini terletak di Pekan Sik daerah Sik Kedah. Laluan utama yang menghubungkan pejabat-pejabat kerajaan yang lain.
Pada tahun 80-an sehingga sekitar tahun 2001 bangunan Mahkamah ini terbahagi kepada bilik bicara dan kamar majistret sahaja. Pada tahun 2006 setelah penambahbaikan dibuat bilik pentadbiran dan bilik fail diwujudkan. Tahun demi tahun bangunan mahkamah ini juga telah dilengkapi dengan peralatan keselamatan seperti pemadam api di tempat-tempat yang sepatutnya dan grill di pintu-pintu utama bangunan mahkamah.
Pada tahun 2012 telah dinaikkan tembok bersimen disekelililng mahkamah bagi memenuhi ciri-ciri keselamatan bangunan kerajaan bagi mengelakkan kemalangan dan bencana.
Mahkamah Majistret Sik juga adalah mahkamah litaran yang mana hanya bersidang seminggu sekali sepanjang tahun. Majistret datang dari mahkamah berdekatan seperti Mahkamah Sungai Petani dan Mahkamah Majistret Baling.

Setakat tahun 2017 tiga orang staf sokongan ditempatkan di mahkamah ini bagi menjalankan tugas-tugas pentadbiran, kewangan dan kes-kes sivil dan jenayah.